ya Allah, aku bukanlah hambamu yang terus lahir dalam keadaan sempurna,,,
sememangnya memang tiada manusia yang sempurna di Dunia ini.. aku sedar akan hakikat itu,,, tetapi tak salah sekiranya aku terus berusaha untuk mencari kesempurnaan itu, dengan memperbaiki apa yang kurang, yang ada dalam diriku,, kadangkala aku hanyut dalam meniti kehidupan, perasaan ingin tahu yang sentiasa mengiringi langkahku.. memandangkan kehidupan sekarang tidak seperti dahulu.. aku sebenarnya takut untuk mneruskan hidup ini, takut akan sering melakukan kesilapan dan turut menambahkan dosa yang sedia ada...tapi aku juga manusia biasa yang tidak lari dari semua itu... akan tetapi aku yakin, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya dan aku tidak pernah menyesal, kerana dengan itulah, aku lebih kuat untuk terus melangkah dan mengerti akan kehidupan dan mencari pengajaran untuk dijadikan sebagai bekalan untuk aku terus melewati kehidupan ini.. untuk menjadi sempurna bukanlah mudah,, tetapi untuk mencari kesempurnaan itu,, insyallah,,, dan Allah akan sentiasa bersama orang yang mahu melakukan perubahan...setiap kritikan yang diberikan oleh teman2, adalah menjadi pemakin dalam diriku...kerana kritikan adalah membina..dan jangan mudah terasa akan hal itu, mungkin aku tidak sedar akan kesilapan yang telah aku lakukan,,, jadi itulah fungsi sebagai seorang kawa... lihatlah pada cermin siapa yang boleh mengubah diri kita sendiri, wajah kita yang akan terlihat pada cermin itu, kerana kita sendirilah yang akan dapat mengubah diri kita... bukan orang lain, orang lain hanya sebagai pemudah cara, pemberi jalan dan yang menentukan segala-galanya adalah diri kita sendiri... inilah kata-kata yang menjadi semangat untuk diriku untuk sering melakukan perubahan untuk mencari kesempurnaa.





